Wednesday, October 18, 2006

woman & cookies ! ! !

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makanbiskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang diamakan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari mememarahi lelaki itu.Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya.Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.
Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yangaku makan tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan oranglain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas / keretapi / kapal terbang...makanlah benda lain.
Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan....hahahahaha
Moral 3: Jika tak nak kongsi biskut ngan org lain, kongsilah citer nih ngan dia org...hehehe

[Copy email dr seorg teman seperjuangan ]

Monday, October 16, 2006

siput dan burung

saya suka cerita ini, ia banyak membantu saya erti bersabar, dan berusaha untuk mencapai matlamat yg saya mahukan... sebernanya post nie dh saya publish pada 0ct 2004, saya publish semula untuk tatapan rakan-rakan dan saling mengingati mengenai pelbagai perkara yg sedang kita hadapi sekrang....
caiyokkk caiyokkk...

26 oct 2004,… teruja lagi hari nie dgn sesuatu yg berada didepan mata….berbuka dgn kawan di KL sentral….lepas tu gi ronda-ronda kat midvalley sajer usha baju2 raya….penat aku berjalan semalam dekat 3 jam setengah…macam2 org ade. Tapi bukan itu yg aku nak cerita…Cuma teringat sesuatu yg aku pernah baca dlm Indonesia komik….cerita tentang siput n burung ….ermmmm .. dalam keadaan siput yg bergerak perlahan memanjat pohon pokok yg baru sahaja mengalami musim gugur….sang burung pula terbang megah dari satu pokok ke pokok yg lain…..bila sang burung sedar ade siput yg sdg panjat pokok yg takde daun tu dia pon dgn nada perli menegur siput tu…”nak gi mana tu kat atas takde daun, ko tu dah la jalan slow cam siput” [hahahah ayat nie aku reka sendiri]…siput terasa hati, siput pun cakap…

”ermmm aku nak makan pucuk daun yg muda2 dan berkhasiat utk ubati sakit dalaman aku nie”… burung pun hairan mana ade daun kat atas pokok gila kot siput nie [dalam hati burung tu la, dia cakap cam tu]. Tapi si siput tak putus asa…dia ade matlamat…walaupon mmg slow dia jalan gak dah nak berbulan dia jalan dgn sabar utk mencapai objektifnya, sang burung pula hanya mentertawakan si siput sambil2 offer nak terbangkan siput ketempat lain… cam biasa siput merendah diri dan dia yakin dgn hasil yg dia akan dapat.. Lepas selesai musim gugur…daun2 baru mula tumbuh…waktu tu si siput dah tiba di puncak pokok dan sedang menjamu selera dgn daun2 muda yg boleh mengubati dirinya dan mengenyangkan serta puas dapat hasil yg sgt lumayan…berkat kesabaran, matlamat…dan yg seumpamanya….si siput berjaya dan bole menikmati pelbagai daun diatas pokok itu hingga habis musim. Baru sang burung sedar bahawa setiap perkara ade proses yg perlu dilalui…sama ada susah, senang dan dugaan yg ditempuhi….serta perlu ade matlamat….sedangkan siput2 lain yg baru mula memanjat bila tiba musim berbunga hanya dapat hasil apabila musim itu hamper berlalu.

Lebih kurang camtu la cerita tu….aku ingat citer nie sampai bila2….dan biasa aku ceritakan cerita nie pada anak2 buah dan junior2 waktu aku study dulu…bukan apa…student architecture kekadang susah nak dapat sesuatu konsep…so perlukan cerita yg bole mengukuhkan konsep dan mereleasekan jiwa yg selalu tertekan. Jadi rasanyer aku sedang melalui proses tu semula…setelah proses pertama hancurrr…takpe teruskan usaha…setiap perkara ade proses kan… ermmmm.

--aku dan sesuatu --

Monday, October 09, 2006

R E Z E K I . . .

sabtu lepas kami sekeluarga mkn di restoran nelayan di bangi...ermmm berbuka puasa macam setahun tak makan.... makan udang saje heheheh, ahad pula balik rumah abah, bakar udang, ikan pari, ayam percik, cicah dengan air asam special dari yg tersyg...perhhh BBQ berbuka ditambah pula masak lemak cili api udang kak long buat,,,, perhhh, lepas solat maghrib sambung makan...sampai tak berenti makan... nikmatnyer tuhan beri makanan dan rezeki pada tahun ini...syukur Alhamdulillah.

bukanlah niat nk cerita pasal makan, sehari suntuk cerita pun tak habis, cuma mahu mengingatkan diri sendiri betapa nikmat dan bersyukurnyer dengan apa sahaja yang ada, dan betapa kita perlu berhati-hati dengan nikmat dan dugaan yg menimpa kita (belajar melalui pengalaman).
saya juga seperti manusia lain, tak pernah terlepas dari kesilapan...dan jika kesilapan yg diakui dengan jujur itu dapat diterima oleh org lain dengan hati terbuka, terutamanya oleh orang yg tersayang akan menjadikan hidup ini lebih beerti, belajar dari kesilapan, perbaikinyer menjadi lebih baik.
saya masih ingat diwaktu zaman kegemilangan keluarga (kalau sy boleh ungkapkan sebegitu) dengan perniagaan keluarga yg berasaskan makanan berjalan dengan lancar, walaupun kami dah lali dengan hasad dengki org disekeliling mujur ayahanda dan arwah bonda terima dengan redha dan atasi sebaik dan bermunajat moga mereka yg mempunyai hati gelap itu akan kembali cerah. sehinggalah pada satu masa bonda kembali kerahmatullah...ayahanda mula hilang minat pada perniagaannya dan kami pula adik beradik masih belajar, tidak dpt membantu melainkan melihat dan berazam sesuatu, dan sesuatu itu sudah mula menampakkan hasilnya apabila kedua-dua adik saya mula menapak melakukan langkah-langkah kecil untuk mula bertapak sebagai usahawan, dan saya pula sebagai menyokong penuh, memberi apa-apa nasihat, dorongan dan buah fikiran serta kaji selidik untuk membantu mereka mengorak langkah.

bagi saya biarlah kecil asalkan berhasil, dari besar akhirnya bubar, biarlah adik-adik belajar dari kesusahan dan kreatif menggunakan apa sahaja peluang dan keadaan, dari mengharapkan belas ihsan.
dahulu saudara mara entah dari mana selalu dtg kerumah menjenguk kedua ibu bapaku, tp bila melalui zaman sukar, haram seorg pun tidak menziarah...jika kami ziarah mereka, layanan pun sudah tidak sama lagi... ermmm begitulah kuasa duit dlm dunia nie.
mujur kami tidak setaksub itu.
bukanlah mempunyai wang itu salah, cuma tafsiran manusia nie berbeza-beza mengikut keperluan masing-masing, jika tidak berusaha mencari rezeki atau menyerah pada takdir semata-mata juga tidak baik, seperti yg selalu arwah ibu pesan dimana pesanan itu juga dtgnya dari yg maha esa..."Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan ia berusaha mengubahnya" lebih kurang camtu arrr...

bak kata arwah ibu lagi . . .
"jadilah setinggi seperti bintang dilangit, bersinar menghiasi malam yg kelam, memberi ilham pada yg suram, atau jadilah serendah seperti tiram didasar lautan, tidak cantik tetapi menyimpan mutiara yg menjadi idaman".

p/s: kata aku pula: "hidup umpama roda... pandai-pandailah pusingkan roda itu"

Saturday, October 07, 2006

internet project

mungkin banner dibawah seperti saya sdg promote perniagaan yg mereka sdg lakukan (mg pun) :) ... tp ia sedikit sebanyak memberi saya byk idea utk dilakukan, dan masih dlm perancangan, semoga segalanyer berjalan lancar . . . walaupun saya bermula dengan secara kecil-kecilan di ebay (ermm lumayan juga) nampaknyer market sentiasa ada, dan ia semakin membesar.



Wednesday, October 04, 2006

G . A . Y ! ! !

maaf mungkin ade yg tersinggung atau rasa tidak selesa...
tp sy rasa terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai tajuk diatas...buat mereka yg kurang faham apa itu gay, err..err eloklah rujuk pada mereka yg arif dlm bidang kuasa tatabahasa, tp bg saya ia ialah perhubungan sesama jenis antara lelaki dan lelaki...

ermm sy ingin sekali bercerita ttg gay nie...biar sy mulakan dengan "the dark side of me"
dahulu...err.err waktu muda remaja (remaja lagi rasanyernie hehehe) kami sekumpulan kawan-kawan bila free akan lepak-lepak di tempat2 hiburan (utk adik2 jgn lakukan perkara ini dimana sahaja anda berada ), alkisah nk jadi cerita kami dpt sorang kawan baru yg agak hensem juga, tp berlagak sungguh... kami beritahu mamat tu nk gi tempat baru utk melepak sana lagi best.. so dia pun xcited nk ikut, kami bawa la dia kesatu tempat di dalam KL (tempat dirahsiakan, dan mungkin dah tiada lagi) disana mamat tu agak seronok sbb dgr muzik2 yg fresh (kata dia la), tp kami pula seorg demi seorg buat-buat macam-macam alasan utk keluar dari tempat tu dengan segera...ada yg gi toilet, ade yg kononnya ambil brg dlm kereta, ade yg kate nk call awek la... so tinggal la mamat tu sorang2 kat situ digoda oleh kaum sejenis, tak sampai 30 minit mamat tu lari keluar dari kelab tu, sbb baru dia perasan kelab ehem ehemmm....hehehehe kami gelak sakan jer tunggu dia kat luar . .. tp tu semua citer dahulu...citer budak sekolah takde matlamat hidup.

dan hakikatnyer dulu golongan sebegini akan cuba menyembunyikan pasangan mereka tanpa pengetahuan org lain... tp skrg tidak ...(astarfirullah) akhir zaman, nmpknyer penyakit ini makin menular dan mengejutkan jika tidak dibendung.

di shopping kompleks mereka tidak segan silu utk bercium, bermesra... adoi jijik tgk mereka ini, saya juga pernah terserempak blog-blog rakyat malaysia yg dahagakan kasih syg seorg lelaki, adoi mereka menulis dengan bangga, dan aku pula baca dengan jijiknyer.

diruangan cyber dan interaktif ditv juga menular penyakit ini, seperti malam tadi sy tak dpt tido, jadi lihat la videoklip di 8TV yg ade interaktif sms chat disebelahnya sambil baca-baca gelagat mereka dan melihat videoklip lagu-lagu yg best,

tiba-tiba sy agak terkejut bila terbaca beberapa sms yg ditulis antaranyer seperti ni ... (nikckname) : saya perlukan kasih syg sorg lelaki, pvt me, 20/Jb male, adoiii igtkan perempuan yg cari rupanyer lelaki, muda pulak tu, pastu lelaki cari lelaki pulak tu.... isk isk iskkk
dan yg kedua kalinyer sy terbaca... (nickname2) : jgn malu2 pvt sy abg macho sahaja, lelaki lembik boo layan.... nickname dia nama lelaki melayu... (cam iklankan diri pulak) .. isk adakah mereka ini bergurau, atau serius... ermm atau 8TV terlepas pandang, moderator tak perasan...
adoi marilah sama-sama kita fikirkan...adakah kita hendak menjadi seperti kaum nabi luth...
mereka sudah tidak berselindung lagi...

p/s:
adakah cara utk ubati penyakit ini....? mari kita fikirkan, moga agama, bangsa, dan negara kita terpelihara.