Monday, August 28, 2006

hachumm . . .










queer eye for the straight guy!

lama sungguh tak update... ditambah pulak dgn selesema berlarutan, nielah masalah aku kalau selesema susah nk hilang, semalam layan 'QEFTSG' siri ulangan, sambil layan air mata yg meleleh tanpa diundang sbb kepanasan global dibahagian hidung, selesema + air mata wahhh rasa terseksa kejap...
ermm ceritap pasal perubahan yg QEFTSG buat nie, terfikir pasal perubahan kat malaysia negaraku yg tercinta nie....sempena bulan kemerdekaan nie byk perkara yg telah berubah, dari yg negatif hinggalah yg ke positif, dan beberapa perkara yg sangat sensitif.

[MERDEKA 3x]

oklah sebenarnya nk share skit cerita dari seorg teman yg br balik dari berdakwah beberapa bulan yg lalu...
dia telah pergi berdakwah di beberapa negara seperti india,pakistan,turki, dan afghanistan dengan pembiayaan dr NGO islam dimalaysia.
antara beberapa pengalaman dia yg menarik ialah mengenai janggut, ermmm [sambil urut2 janggut aku sendiri yg tak berapa nk ade hehehe.]
menurut cerita kawan ku ini, sewaktu dia pergi ke afghanistan dan pakistan mereka disambut dengan baik apabila diberitahu mereka dari malaysia, wahh bestnyer dengar jer dari malaysia dpt sambutan cam VIP :)
jadi disana mereka tiada masalah dgn sunnah rasullullah nie utk menyimpan janggut dan mengemasnya dgn baik, malahan bagi org disana jika tiada janggut mereka bukan lelaki sebenar, isk... apsal janggut aku tak tumbuh2 nie hahahaha [ nie genetik faktor yerk ]
tetapi bila rombongan kawan ku ini tiba di turki, di beberapa kawasan kampung, bila mereka lihat jer org berjanggut mereka akan cuba mengelakkan diri, isk napa la pulakkan, salah ker ade janggut, rupa-rupanyer mereka tidak biasa dengan org yg berjanggut dan nampak sangat mereka nie org asing cam alien, sampai cuba larikan diri, ermmm mungkin juga pengaruh kamal attartuk sgt kuat, tak tahulah pulak sbbnya, tp jikalau fikir secara logik kerajaan utmaniah yg mempunyai empayar yg sangat kukuh berada diturki, hairan kan...ermmm. tp org yahudi pun simpan janggut per jejejejej siap ade cam tanglung lagi kat side burn dia jejejejeje.

ermm sebenarnya sy nk tulis pasal 'ghotic', sbb skrg nie dh mula ade pengaruh baru iaitu ghotic style dan fahaman ghotic, dan ade pula judul2 lagu bertajuk ghotic, dan anak2 muda skrg menggunakan perkataan ghotic utk gambarkan sesuatu, mungkin selepas diharamkan black metal maka menularla pula fahaman ghotic nie...isk tolong la wahai anak2 remaja seperti aku nie... [aku remaja ok..lom 40 lagi jejejeje] silalah wat kajian dulu apa itu ghotic, dan akan aku jelaskan senibina ghotic di zaman ghotic [sebb nie jer yg aku tahu] atau lebih dikenali dengan zaman kegelapan sebelum renaissance.

zassssssss [sambil tangan buat ala2 ultroman style]

Saturday, August 19, 2006

Too Phat - Alhamdulillah

Di saat waktu berhenti...kosongDimensi membutakan mata memekakkan telinga Lalu diri menjadi hampa Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadir MuMematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula

Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah namaHidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mataUcaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar...

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hibaKu cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi

Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada' dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisauKu tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur786
Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah³

Tuesday, August 08, 2006

LINA JOY [ENJOY SAKAN KAFIRUNN NIE]

ermmm semalam pukul 11.16pm sy terima sms, entah betul atau tidak, tiada kepastian
[[ sy akan cuba dptkan info sebenar]]

sms tersebut berbunyi begini [[ eh phone jer yg bunyi, sms tu teks jer heheheh ]]

"Azlina Jailani (lina joy) telah menang dimahkamah. Pertubuhan Melayu murtad telah diluluskan. sebarkan dan berdoa moga umat islam selamat. "

sama ada benar atau tidak, tidaklah dpt dipastikan, tp jika benar nampaknya jaminan melayu itu islam tiada lagi, [ heheheh adakah ISA akan tangkap kerana tulisan ku ini, buat ISA jgn tangkap org jer, siasat ler sama, nie kan dh kira menggugat keamanan negara juga nie].

ermm marilah sama-sama kita doakan moga lina joy dan seangkatan dengannya menerima hidayah dari Illahi.

Monday, August 07, 2006

I K E A




lama sungguh tak update blog, busy kerja rasmi dan tak rasmi beberapa minggu kebelakangan nie, dengan pelbagai kerenah diri ku sendiri dan kerenah2 org-org disekeliling hehehe,

hari sabtu lepas gi PWTC tgk FIM exhibition [ francais international malaysia ] ermmm sistem francais nie mmg elok dan sgt berkembang maju di malaysia nie, ade beberapa bisnes yg unik tentang francais nie, bukan setakat makanan yg biasa kita lihat bole difrancaiskan, bahkan bisnes yg berbentuk perkhidmatan, sukan, dan perladangan juga bole di francais kan, dan ade beberapa bisnes unik yg bole ditemui.

selepas balik dr pwtc me and prenz gi kelab sultan sulaiman, joint kengkawan wat ghatering, ermm meriah sungguh, thanks pada penganjur yg bersusah payah menghabiskan kredit phone sms, call, tenaga dan air liur utk mengadakan ghatering nie, lain kali buatlah lagi heheheh.

ermm sebenarnya nk cerita pasal hari minggu ku gi Ikea damansara, tetiba rasa nk gi, trus gi sana... kengkawan kata harga mahal kat ikea nie, so saje la jengjalan sambil2 cari idea2 baru...
sampai disana hehehe tershopping la plak...

dgn menggunakan skit kreativiti dan kepakaran yg ade... eksperimental... mix n match dapatlah
meja mkn utk 4 org, dan coffee table dgn harga rm160.....
table top lain, kaki meja lain, coffe table lain... heheh rasa seronok lak.... balik ruamh kuarkan tool trus pasang... tadaaaa tak sampai 30 minit siap...

rasa berbaloi dgn rumah ku yg kecil so... sgt sesuai dan yg plg best meja tu semua flexible, if pindah nnti leh lipat dan bukak simpan... yihaaa ku suka benda2 flexible nie.

dulu kalau gi kedai perabot utk meja mkn 4 org saje plg kurang pun 2 - 3 ratus... hehehe nie hanya 160 dpt meja mkn dan coffee table lagik.... jimat sungguh jimat... dan kedekut ku ini, hahahhaha.

p/s : fikir dulu sebelum beli , jejejejje