Thursday, June 29, 2006

basikal

ermm hari nie dengar topic kat hot fm pasal basikal, sempena kayuhan basikal dari KL ke danga bay oleh farah fauzana dan faizal ismail, moga diorg berjaya harunginyer...teringat la pulak kisah2 lama sewaktu naik basikal nie :) . ..

waktu kecik2 dulu aku nie mmg degil dan nakal skit....skit jer tau hahahaha [[percaya la]] . . . lepas 3 hari aku dan adik bersunat atau berkhatan [ bahse sopannyer ] kami telah menjelajah menaiki basikal satu kg di kg melayu sr kundang, tasik biru tuuuu ehhehehe, mujur tak bentan :), antara lain yg aku masih igt bagaimana bahu kanan aku terkehel sbb buat free style [[ zaman BMX ]] adoi seminggu tak gi sekolah tak leh menulis, dan plg best jeng jeng jenggggg bawak awek naik basikal, lepas kami habis study group kat Pj awek tu nk tumpang...awek tu degil aku kate takde seat utk dia duduk, dia nk duduk gak kat palang basikal tu, ermm lantak la, bawak jer ada la dekat sebatu nk hantar dia gi stesen bas, at last dia suh berenti tak sanggup pinggul dia yg lentik tu dah kebas hehehehe... sian aku lak yg kena jln kaki temankan dia, yerla time tu PJ byk anjing liar bahaya tau heheheh sbb tu aktiviti sampingan aku lastik anjing zaman sekolah dulu sian anjing2 tu :).
tapi rasa romantik la plak bawak awek naik BMX, walaupun rambut dia sering menghalang penglihatan aku hehehhheeh.

zaman sekolah menengah dulu kalau tension sure aku akan mengayuh basikal mengelilingi old town pj sorang2, dlm 2 pusingan baru balik rumah...rasa rileks.... rasa lepas tekanan lepas penat kayuh.... rasa bebas.

antara lain aku pernah konvoi ramai2 dlm tingkatan 2 dari RRIM sg buluh ke tasik biru, lalu estet getah, kg cina, paya jaras, kg setia, kuang, dan sampai ke tasik biru, semua lalu jln dalam, lalu celah2 rumah org pun ade ehhehehehe shortcut la konon....sampai tasik biru perhhh apa lagi mandi laaa, tasik biru mmg best dulu ditengah2 tu ade cam pulau, skrg dah rata, untuk pengetahuan tasik biru tu bekas lombong bijih, jika sesapa berenang ke tgh jika bernasib baik bole pijak dan berdiri atas mesin pengorek lombong tu... dalamnyer hingga air jadi berwarna biru cam laut... tak caya? jom gi tasik biru :), sbb dulu belakang rumah kami tasik biru tu la.

semua tu tinggal kenangan jer kan... korang sure ade xperience naik basikal nie, share la skit dgn aku. :)

Friday, June 23, 2006

interior project



Alhamdulillah pra design utk JPA putrajaya telah lulus, tunggu final presentation on 3 july, terima kasih pada kengkawan yg turut sama membantu.

Monday, June 19, 2006

deria cinta !

bergenang sesuatu dari deria
mengalir membasahi anggota
setiap zarah yg tercipta
memberi kelainan dari pencipta

duduknya aku memikirkan dirimu
tersujudnya aku yakin padamu
penuh syukur dari kasihmu
kerana cinta segalanya

napa aku tidak melihat
napa aku tidak merasa
jangan biarkan aku sengsa
gelumang jiwa sengsara

ku yakin pasti tiada tawa
darimu agungnya cinta
melihatkan aku sengsara
pasti bangkit kerana cinta

aku tak perkasa melawan dugaan
namun berikanlah aku kekuatan
berhijrah dari satu lembah kegelapan
meraba dalam kesamaran
mencari nur cinta yang diharapkan

Monday, June 12, 2006

Imam Al-Syafie

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.” “Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. “Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. “Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. “Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. “Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.” Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. “Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. “Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Thursday, June 08, 2006

CARA MUDAH MENCETAK T-SHIRT.

yeahhh... website cara mencetak t-shirt telah di upgradekan, insyAllah sedikit demi sedikit beberapa perkhidmatan akan dilmasukkan dan dilakukan dari masa kesemasa, jika ade kesempatan pasti website cetakan t-shirt tersendiri akan dilakukan, buat masa ini kami menggunakan template dari weblog sebagai base. jika ade sesiapa berminat untuk menjadi usahawan atau sebagai hobi silalah lawati http://cetak-t-shirt.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara mudah mencetak t-shirt.

p/s : pssttt link kanlah website tu dlm blog anda (pleaseeee), sebarkan pada rakan2 sama, jika anda berminat untuk sama-sama sertai bisnes ini, silalah email ke masa_ntwrk@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, June 01, 2006

merenung ! ! !














gambar nie aku di air terjun bukit jana taiping, pada 6 june 2005 beberapa hari selepas aku ehem ehem heheheh.... utk dapatkan beberapa hasil fotografi aku yg ntahhapahapa silalah lawati ke http://virtualstudio.fotopages.com/ untuk melihat beberapa koleksi gambar yg pernah aku ambil, byk lagi ade tp belum ade kesempatan untuk mengemas kini, dan berharap one day aku mampu miliki DSLR selain SLR aku yg perlu diupgrade heheheh...bak kate org...
" one picture with a thousand of meaning " betul ker? mari kita renungkan.... jgn renung katak tu dah la nnti dia lompat jejejejjeej .

p/s : virtual studio insyAllah akan bertapak di tempat aku mula mengenali sains dan seni. :)
[ http://virtualstudio.fotopages.com/ ]

seketul keju dan tuala kecil

Assalammualikum,
Harta yg allah swt kurniakan kepada kita..bukannya 100% milik kita...

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood. [ dan aku copy dari email iman :) ]

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku
bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia
amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat
keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika
menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan
ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran
islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan
sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi
iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas
berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan
pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun.

INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."