Tuesday, May 16, 2006

mobility ?

apa nk tulis nie? aku pun tak tahu...blurrr....byk sgt nk tulis sampai tak tahu nk mula camner...ermmmmmmmm

today berulang alik la aku ke putrajaya beberapa kali...dari hantar yobo, pergi ke JPN, pergi parcel C tgk site...dan memacam lagi benda nk buat... semuanya mobile... dan aku rasa sampai masanya nnti aku perlukan sesuatu yg betul2 fleksibility dan mobility... gajet yg mudah dibawa, mudah dioperate dan sesuai dgn kerja2 aku yg dah mula kehulu dan kehilir nie...

satu ketika dahulu opis aku adalah hp aku...so rasanyer aku perlukan gajet yg lebih dari itu yg bole melengkapkan SOHO (small office homoe office) aku sendiri...tp rasanyer aku perlukan SOVO ( small office Vehicle Office) hehehe istilah aku sendiri jejejeje...kereta aku dah mula bertukar jadi tempat simpan fail2 dan drawing2...dan mula buat proposal dari kereta perhhh nie dah betui2 mobile giler nie... jejejej nie rasa nk beli van VW yg digelar combi tu renovate jadi opis bergerak aku hahahahah... ermmm bagus gak idea tetiba nie bole didevelope... :)

oklah kontraktor dah mula call... wa nk chow dulu... nnti senang ku update lagi jejejeje....

Tuesday, May 09, 2006

nilai RM 5 ! ! !

Assalammualaikum..semoga kisah ini dapat dijadikanteladan untuk semua..

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali Bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi,bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungankereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan Yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus Kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam.

Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkanbunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek danberdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam. Ada sebuah jeti buruk disitu.

Beberapa nelayan baru sampai dari lautdisambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuhmenggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduksahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberisenyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol! Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang.

Aku sedikitmarah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur. "Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan Seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak Di bahu.
Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang duamenampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! "Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang dirumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin Seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia Menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu.Menyerahkan beberapa ringgit.
Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajarpandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susahseperti itu. Bodoh!! "Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas Hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5.

Aku rasa itu sudah cukup Lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangistersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" "Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah Bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu Diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Kerasdiselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.
Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja.. Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit akumelayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami,menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghampirinya.

Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barangsebanyak ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua Beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar. Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. "Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, Dibuang dan ditolak-tolak.

Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yangberpura-pura susah. Ambillah semula, nak."
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. "Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangansampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.
Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangansampai kelaparan, jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah muladihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh Membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu. *"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." renungkan....

"When you are born, you are crying and everyone around you is smiling. Live your life so that when you die, you are smiling and everyone around you Is crying"

Friday, May 05, 2006

"failure to manage success"

banyak benda aku nak tulis...kerana kesibukan menguruskan sesuatu byk perkara terhimpun dalam salah satu sudut benak otak ku ini.... semalam aku tak pergi ofis tapi aku pergi ofis lagi satu untuk selesaikan beberapa kerja... rasa macam sibuk sangat kerana ada dua portfolio yang di jaga :) . . . setelah kami melakukan presentation proposal di JPA putrajaya hingga pukul 5 petang trus makan di souq sebelah masjid putra, sambil menghayati keindahan tasik putrajaya yang seperti selaut mata memandang itu...

dalam perjalanan pulang macam2 soalan yg aku tanyakan pada partner projek ku yg merupakan ex bos aku sendiri dahulu..... tentang perniagaan yang dikawal selianya beberapa tahun dahulu, tentang pemegang-pemegang saham yg berpecah belah...bagaimana perkara seperti itu boleh berlaku, sedangakan prestasi syarikat semakin bagus.... jawapan yg dia beri sgt ringkas dan padat..iaitu.. " failure to manage success"...ermmm ade ketidak puasan hati... biarpun dah berjaya namun manusia tetap tidak puas.... berpecah bukan kerana kegagalan kewangan tetapi kerana kegagalan menguruskan kejayaan....bunyinya pelik tapi benar...hakikat hidup pelbagai perkara bole berlaku.... " failure to manage success" tu sentiasa bermain dalam benak aku nie, harap2 moga aku tidak tergolong dalam org-org yg sedemikian....aminnn.

kekadang aku pun "semaettttt" heheheh perkataan baru aku belajar dari syarina, seorg adik dari singapura....semaet yg maksud blurrr or slow heheheh... byk perkara aku belajar beberapa minggu lepas... selain dari "semaettt" dan " failure to manage success" ialah menginsafi diri sendiri dan mengurus persahabatan yg terjalin...ermmm realtionship pun kena uruskan ehhehe tp itulah realitinya, bagaimana untuk urus... tepuk dada, tanya diri sendiri.

Tuesday, May 02, 2006

Mas kawin ! ! !



ermm ramai member tak kawin lagi... dgn pelbagai alasan.... bila aku surf internet jumpa pula website yg menerangkan cara mengumpul wang utk kawin.... trus aku introduce pada mereka... syukur ade sebahagian dari mereka dah bole berjimat dan mengumpul wang dengan cara yang betul.... ermm klik banner for more info. [[ jgn biarkan diri anda dibebani hutang ]]...
sebenarnya bagi aku bukan utk kawin jer bole kumpul duit, ia boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita juga.