Friday, August 26, 2005


akukah didalam kereta itu? ahaks.... [ renault concept car ] .................................................................... semalam 1st time aku pergi ke menara CP sebelah estin hotel....sambil bawa presentation board [ 12 kpg ] dengan HOD aku jumpa GM cp kat penthouse...ermmm cantik juga bangunan nie...selesai presentation kami pi makan kuew tiaw goreng kat ss3 PJ, sambil HOD aku kata thanks, u byk tolong i...heheheh hilang kejap penat aku, walaupun aku bengang kat dia sebab kasi kerja last minit heheheh...dlm perjalan aku beritahu HOD yg aku perlukan asst, giler semua subsidiari company punya kerja design aku kena buat.....kalau semua kasi last minit mau aku hentak keyboard nie kat pala diorang nnti, nk harapkan amoi belakang aku nie...jgn harap la...nk suh scan gambar pun muka cam ba alif ba ya tgh berak....kekekekek camner tgh berak...sori ler tak pernah tgk....[lepas geram kejap].....apa-apa pun lantak la....janji kerja aku depa tak kacau.... kat area rumah aku meriah dgn helikopter kapal terbang sedang buat raptai untuk kemerdekaan....MERDEKA...MERDEKAAA....MERDEKAAAAAAA...agak-agaknya la...sama tak semangat laungan perkataan keramat tu macam laungan di stadium merdeka pada 31 0gos 1957..???? ermmm moga semangat itu masih ada...yeahhhhh i luv malaysia.
mineral

Tuesday, August 23, 2005


"jauh berjalan, luas pemandangan" ... teringat sewaktu aku mula-mula hendak melangkah ke Alam asrama dgn gembiranya hendak pergi jauh dari rumah, hendak melihat dunia baru, mungkin waktu itu jiwa memberontak memberitahu pada diriku, "pergi..pergi sejauh mungkin yang kau terdaya, tiada siapa dapat menghalangnya" ermmm kehendak hendak pergi jauh tetap dlm diriku, bila ku ajukan persoalan untuk sambung belajar kepada isteriku, dia juga mempunyai keinginan yang sama, syukur Alhamdulillah, walaupun belum tiba masa yang sesuai tapi cita-cita itu tetap ada, menjadi survivor menjadikan aku lebih menghargai apa yang ada, masih teringat sewaktu aku menerima sijil pertama ku dalam bidang senibina, arwah ibu pula masuk ke hospital kerana strok, sesiapa pun tak beritahu dihari konvokesyenku sehinggalah aku pulangh tiba dirumah untuk beritahu khabar gembira, terpaku aku depan pintu bila diberitahu bonda berada dihospital, malam itu juga ditemani anak saudara perempuan aku pergi menerobos pintu hospital tanpa pedulikan pak guard yang kecoh, mana taknya matlamat ku hanya satu diwaktu itu, hendak cium tangan ibuku, bila berjaya masuk ke dalam wad kulihat ibu tersenyum memandang aku, serta merta aku cair dengan senyumannya, memang senyumannya sahaja banyak mengajar aku erti bersabar, antara kata-kata arwah bonda diwaktu aku melawatnya, "sebelum tutup mata mak hanya nak jumpa rie jer" . . . "mana sijil mak nak tengok" runtuh jiwa aku dgr kata-kata arwah bonda, slip jer yang aku bole tunjuk, sebab sijil akan dihantar ke rumah, namun kuasa tuhan atasi segalanya....arwah ibu pergi sebelum dapat ku tunjukkan sijil yang asal, arwah ibu pergi sebelum dapat melihat kejayaan demi kejayaan anak-anaknya, arwah ibu pergi sebelum dapat melihat anak-anak lelakinya kahwin satu demi satu, arwah ibu pergi sebelum dapat lihat cucu-cucu dari anak-anak lelakinya, arwah ibu pergi sebelum dapat melihat menantu-menantu perempuannya, aku redha . . Al-fatihah moga arwah ibu dicucuri rahmat . . . [[[ pasti ada sesuatu disebalik sesuatu yang terjadi....]]]
mineral

Friday, August 19, 2005


geram aku tgk sinki nie....gambar ni diambil waktu aku buat survey nk letak accessories kat showroom....huh nasib baik takde rumah sendiri lagi, kalau aku beli sinki nie....sabarjelah.
mineral

salah satu sudut interior opis aku....sebelah kiri meja aku lepak hhehehe.
mineral

Thursday, August 18, 2005


yess.....90% dah siap. [kerja-kerja showroom] Posted by Picasa

Wednesday, August 17, 2005


bookmark 2nd page, dlm kenangan.  Posted by Picasa

bookmark utk kengkawan waktu ghatering kat jaya jusco dahulu....1st page. Posted by Picasa

bosan nie ler kerja aku....'visual art', title : serabut. Posted by Picasa

Monday, August 15, 2005

ermm segar je badan, jerebu pun dah kurang, semalam pergi ambil buluh kat kg ina dirembau sampai tengahari datuk ina takde jadi kami berempat pun pergi ka tanjung bidara hanya untuk makan tengahari ehehe ronda-ronda cari makan, lepas makan balik ke rembau mujur atok ade kat umah terus pergi kebun ambik buluh seberapa banyak yang boleh, lepas ambik buluh kami kerjakan buah rambutan penuh satu van dengan buluh dan rambutan, puas makan. sampai mantin dah maghrib tertidur aku keletihan, blaik rumah dengan yobo dah dekat pukul 9 ermmmm, lepas tu adshar datang dengan ina ambik kereta sempat tolong tukar fuel filter kotor teruk, hantar buluh ke shah alam dan sampai rumah tepat kul 12 malam isk melepas rancangan the appreantice aku, letih terus tidooo zzzzzzz sampai hari nie, tapi apa yang best sebenarnya lepak kat kampung ini hehehehe makannnnn jer penuh buah dan ermmm tgk atok ina dok umah kg sorang2 macam mana la bila aku dah tua nantikan ade ker anak2 disekeliling????? .... Posted by Picasa

Wednesday, August 10, 2005

sesuatu pasti akan berubah, cepat atau lambat, kita tentukan, keadaan tentukan, takdir tentukan, pilih sahaja yang mana jadi keinginan, bak kata arwah bonda ku, "kita buat dia, bukan dia buat kita" (merujuk pada sesuatu perkara yg kita mampu buat)..... terlalu banyak sesuatu disekeliling kita yang belum diterokai.....pasti ada sesuatu. Posted by Picasa

Tuesday, August 09, 2005

setiap kata membakwa makna, setiap laku tunjuk perkiraan, pasti berlayar setiap persinggahan, moga ada sesuatu jadi pengajaran. . . . . . . ermmmm Posted by Picasa

Monday, August 08, 2005

sibuknya sampai banyak benda yg aku nak tulis terlupa, mujur pagi nie nampak sekeping kertas yg aku salin beberapa kata-kata dari dalam LRT Star sewaktu dalam perjalanan pulang minggu lalu........ :- 'ikhtiar tak datang bergolek, akal tak datang melayang'.... 'keris pedanag tiada tajam, tajam lagi mulut manusia'..... 'angin ribut dapat ditangkal, hati kasih apa ubatnya?' ...... 'hati berkehendak begitu sahaja, menanggung ghairat cinta merana'.......ermmmm ada beberapa bahagian yg aku sikit kabur....tapi pasti ade sesuatu didalamnya. Posted by Picasa