Friday, January 28, 2005


ermm nie bahagian tepi kaki kanan elli, eksiden langgar guardrail tepi jalan....[waktu ambik gamba nie bole gelak-gelak lagi...hahahah] Posted by Hello

pengguguran bayi...tu semua bayi yg mak bapak dia mengaku islam di kafankan, isk isk iskk apalah dosa bayi2 nie. ramai lagi orang takde anak... rasa nak muntah pon ade nie...isk. Posted by Hello

Perjalanan . . .

21 januari 2005

perjalanan aku selama 5 hari….ermmm….
klang – taiping – ipoh – changkat jering – ipoh – parit – sitiawan – lumut – parit – ipoh – KL.

selamat hari raya aidil adha…. Ermmm balik klang…. Ptg kul 4 tetiba jer aku pergi taiping hehehe buat surprise kat miss’x’, aku cakap aku pi melaka tetiba dah samapi taiping ahaks.
Syok kat umah dia aku melantak ayam kampong, telur ayam kampong perhhhh sedapnyer
,

22 januari 2005

member dari KL mai ipoh…pastu depa ambik aku kat umah miss x, terus pi ke parit buntar member akad nikah [selamat lagi sorang kawan aku]… lepak lama bdn punya la letih tapi syok punya pasal cool jer.
Balik lepak umah miss x, pekena ayam kg lagi perhhhh freshhh. Malam pi night safari zoo taiping syok gak…tapi tourist guide dia lawak tak bole sebut huruf ‘R’ tu yg buat dia lagi lawak hahaha, sempat tgk hasil kerja seorang kawan kat zoo taiping….ermmm design tensile structure yg best, lepas tu terus balik ke ipoh.

23 januari 2005

pi jaya jusco, ade promotion cerita gangster dgn wan, adik angkat wan berlakon dlm citer gangster tu …rupa2nya junior kami la hehheeh baru aku ingat.
Malam pi changkat jering tgk baju pengantin..Ooops bukan utk aku ok…kawan lain…sesambil tu melawat kawan yg tak berapa sihat [mamat nie ler yg design tensile structure tu ] sedih gak aku tgk dia…takpe pasti ade hikmah tu. Lepas pekena seafood terus balik Ipoh
.

24 januari 2005

subuh2 lagi dah pi ke parit buntar, belaja pi menebas kebun hehehehe biasala aku kan macam rusa masuk kg, tgh ari mkn kat anjung rumah sedara wan…perhhhh syoknya. [walaupun chain-saw buat hal].
Ptg pi sitiawan rumah pak lang [pakcik wan], tido sana makan ikan patin masak tempoyak…walaupun aku tak leh makan tempoyak tapi kerana keinginan tinggi maka ikan patin tu jer la yg aku ngapp perhhhh sedapnyerr.
Malam pi ronda2 tgk jeti lumut [wan design] baru la ade pembaharuan skit lumut nie kalau tak suram jer, pastu gi teluk batik, terus balik umah
.

25 januari 2005

mcm biasa subuh2 dah pi kebun lagi satu, hehehehe lawak pon ade tgk org2 tua naik moto bertiga….ermmm teringat zaman kanak2 hehehe.
Sampai kat kebun tu chain-saw buat hal lagi…apa lagi lepak jer la kerja aku….tgk pemandangan arhhhhh damainyer.

Pak lang sanggup beli kuah kari tu kasi aku mkn hehehe pasai tau aku tak mkn tempoyak ahaks, lepas mkn tghari terus balik ipoh….sempat jumpa adik angkat masha, naik bas 5.30 ptg terus balik KL, walaupon rasa malas nak balik….
Puas walaupun letih.

Monday, January 10, 2005

From Tasik Chini with Love


setelah lama tak berekreasi dgn kawan2 akhirnya thn nie aku mula dgn sesuatu yg dah lama ditinggalkan,....7hb januari 2005 kul 12 bergerak ke tasik chini dari petaling jaya...8hb berkayak sepanjang hari [best lama tak berkayak] 9hb jelajah lubang ular ermm syoknya dan balikke PJ .....10 hb kerja la monday beb ahaks. [jiwa release skit] Posted by Hello

ini rupa tasik chini rupanya. Posted by Hello

sebelum tarian sewang dimulakan, aku ingat batang kayu tu buaian, hehehe rupanya alat muzik org asli la, tu vokalis dia..dasyat beb. Posted by Hello

hehehe wa layan sewang beb [sewang = tarian org asli] Posted by Hello

antara haiwan yg mengasyikkan disini [tupai] Posted by Hello

panorama sebelum sampai ke lubang ular....ermmmm Posted by Hello

antara tempat yang kami jelajahi...ermmm nyaman jer walaupun sungai nie bengkang bengkok....bot pun bole corner baring. Posted by Hello

lubang ular nie dah runtuh, dipercayai saiz badan ia sebesar tong drum, waktu zaman british dulu pihak tentera british dah bunuh ular nie dgn mengebom ular tuh....ermmm malaysia pun ade anaconda. Posted by Hello

Ooops nie jer posing yg bole buat dalam kayak...ahaks Posted by Hello

sebahagian peserta dijeti kg org asli. [lupa lak nama kg nie, yg pasti nama kaum dia jakun] Posted by Hello

anak org asli nie nyorok tinggal mak dia je sudi bergambar...hehhehe cute gak anak org asli nie ahaks. Posted by Hello

bukan sahaja org asli menyabut kami dgn ramah, burung nie pun bole berkata-kata menyambut kami. Posted by Hello

mcm biasa kalau tak tgk 'architecture' org asli tak sah kan..lantai buluh dinding kulit kayu atap daun rasak atau nipah...ermmm Posted by Hello

dari satu kampung ke satu kampung kami jelajah...hhehehe ada gaya tak? Posted by Hello

higher score [me] yeeehaaaaaa. Posted by Hello

"water confident" sessi nie yg buatkan ramai menjerit bila masuk dlm air...hahaha bukan takut air tapi pasai sejuk tak mandi lagi jejejejeje. Posted by Hello

happy la konon..baru separuh perjalanan, lama lagi beb, ahaks Posted by Hello

selamat tinggal tasik chini.... Posted by Hello

Thursday, January 06, 2005


Pelik tapi Benar.... Rumah ibadat terpelihara dengan kehendakNya. Posted by Hello

salah satu masjid di Acheh yg tidak terjejas oleh tsunami, keAjaiban tuhan. Posted by Hello

ikan di mines...kenpa jadi cam nie, isk isk iskkk, bunuh diri ke? Posted by Hello

Ajaib : ikan di mines tiba2 ke tepi tasik [ ???? ] Posted by Hello

Al-Fatihah

Semalam bersembang dengan seorang rakan dari brunei melalui YM, walaupun seperti ceria tiada apa-apa yang merunsingkan namun dia menjalankan tugas sebagai anak dengan menjaga papanya dengan baik sepanjang papanya di hospital bersama keluarga.

Macam biasa aku terlewat lagi pergi kerja hari ini [sungguh tak berdisiplin diri ku ini], nampak ade sms pada handphone ku yg telah dibaling berkali-kali, tapi lewat punya pasal aku terus bangun mandi dan bersiap-siap nak ke opis. Lepas semuanya selesai baru aku buka sms yang diterima, agak terkejut, rakan yang ceria bersembang semalam dihurung duka bila sms ringkasnyer berbunyi "papa dah takde" ermmm terasa sayu pula.

Hanya fatihah sahaja yang mampu disedekahkan, semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya. Semoga sahabat ku itu tabah hadapi keadaan, hidup mesti diteruskan. Dalam waktu-waktu begini teringat akan bencana tsunami, teringat pula pada Arwah ibu dimana setiap ahli keluarga menahan air mata dari mengalir sedaya mungkin, teringat segala memori , semuanya menerjah masuk silih berganti. Semoga sahabat ku itu bole menerima takdir seadanya.
walaupun sudah 5 tahun arwah ibu pergi menemui Ilahi namun setiap detik masih terpahat diingatan.

2005 awal tahun yang penuh dengan kejutan. Betullah kata2 org tua...pengalaman mengajar kita supaya lebih matang, macam mana mereka yang tak pernah hadapai dugaan hidup...segalanya mudah. Di tempat kerja lama aku dahulu ade seorang manager yang baik hati, kami sering berborak tentang hidup dan dia sering bertanyakan latar belakangku, terutama cara aku dibesar dididik dan tempat aku menimba ilmu. Satu hari dia mengeluh denganku dengan mengatakan dia terlalu bertuah, mudah mendapat pendidikan yang baik...takde rintangan dalam belajar segalanya mudah, lepas seklah rendah terus ke sekolah (STAR) sekolah tunku abdul rahman di ipoh lepas tu terus ke universiti, tiada apa yang menyusahkan segalanya tersedia sehingga dia berkahwin dan ade 2 org cahaya mata.

Aku hairan dan bertanya kenapa nak mengeluh baguslah kalau itu kehidupan yg dia terima, dengan senyum manager aku pun cakap dia takut nanti dia akan dapat musibah yang sangat dasyat hingga tak mampu nak hadapi, dan dia sekarang seperti tidak hargai dengan kejayaan yang dihadapi kerana tak pernah rasa dugaan mencabar, berbeza dgn org yg hadapi rintangan dan berjaya pasti mereka akan hargai setiap apa yang mereka perolehi.

Ermmm dalam hatiku ada juga org yg berfikiran camnie, takpelah moga dia dirahmati Allah.

Tuesday, January 04, 2005


Piala Tiger, Malaysia tewas separuh akhir kedua 4-1, memalukan sungguh...tapi tetap enjoy walaupun masuk stadium dah separuh masa kedua. [ harap lain kali pemain malaysia tak leka lagi ] Posted by Hello