Thursday, December 30, 2004

Tsunami

pagi nie aku dapat satu email dari seorang kawan...ermmm aku rasa baik aku kongsi bersama dgn anda semua disini...kalau prihatin sampaikanlah pada kengkawan yg lain seberapa segera, tak banyak yg kita bole lakukan tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit....seperti pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... :(

bacalah dgn berperikemanusiaan :

Berita muka depan Utusan Malaysia malam tadi melaporkan bahawa jumlah korban Tsunami yang melanda Asia sudah pun mencecah angka 55,000, jauh melebihi angka 31,000 korban gempa bumi besar yang melanda wilayah BAM di Iran pada tarikh yang sama tahun lepas.Masing-masing orang punya pandangan tersendiri mengenai malapetaka ini; ada yang berpendapat bahawaianya adalah Bala daripada Tuhan yang Maha Kuasa, adapula yang berpendapat kejadian ini berlaku secarasemulajadi dan hanyalah bencana alam semata-mata. Sayapula berpendapat apa yang berlaku ini ada hikmahnyayang tersendiri.Saya pernah dengar orang alim kata, Tuhan timpakan malapetaka ke atas sesetengah orang, seperti Tsunami ini, Tuhan nak uji tengok sama ada mereka bersabar atau pun tidak dengan ujian yang dikenakan. Dan, Allah jadikan kita terselamat dan tidak terlibat dalam bala berkenaan, Allah nak uji tengok sama ada kita bersyukur atau pun tidak dan mahu membantu mangsa-mangsa yang terlibat.Ringkasnya, adalah dirasakan, dari satu sudut, melalui bala Tsunami ini Allah memberi peluang kepada kepada orang-orang seperti kita untuk membuat pahala, jika itu yang kita suka. Kerana itu, semalam saya dan rakan-rakan, kami mula mengwar-warkan kepada rakan-rakan sekerja, siapa yang punya barangan ingin disampaikan kepada mangsa tsunami di Kuala Muda, kami menawarkan diri untuk tolong mengumpul dan membawa barang-barang sumbangan tersebut ke sana.Malam tadi, saya diberi peluang lagi untuk membuat pahala. Kali ini, saya ditakdirkan bertemu dengan seorang sahabat yang baru pulang dari Indonesia.

Beliau memang full time kerja di sana, iaitu sebagai Project Manager di sebuah ladang Estate di Acheh, PTUbertraco yang dimiliki oleh anak Syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Menurut sahabat saya ini,Tuan Haji Mat Sobree Bin Che Soh 42 tahun, suasana diAcheh cukup kacau bilau. Kata beliau, gempa Tsunamiitu telah menyebabkan Acheh khususnya kawasan Banda Acheh jadi macam padang jarak padang tekukur, mayatbergelimpangan di mana-mana, hinggakan sesetengahnya busuk berhari-hari kerana tidak cukup orang dan kelengkapan untuk menguruskannya.Memang benar kata Tn Haji Sobree; saya terbaca berita terbaru dalam Internet; jumlah kematian di Acheh kini sudah pun mencecah angka 7072 orang, boleh dilihat mayat-mayat terburai di sini sana. Pihak pemerintah menjangka angkanya akan meningkat kepada 25,000 orang. Dalam Utusan Malaysia hari ini29 Dis pula, boleh dilihat satu mukasurat penuh gambar-gambar mayat bergelimpangan, tua muda anak-anak kecil tak kira golongan.

Sahabat saya ini cukup emosional apabila menceritakan mengenai suasana di sana; apa tidaknya beliau sudah pun 9 tahun di Acheh, ramailah yang terlibat itu ada kaitan dengan kenalan dan rakan setugasnya di sana.Daripada 400 orang kakitangannya, lebih 80% adalah orang-orang Acheh. Begitu dekat sekali beliau dengan mereka.Antara yang menjadi mangsa ialah adik kepada salah seorang Pengurus Estatenya sendiri. Rumah mereka diBanda Acheh yang terletak kira-kira 1 km dari tebing sungai di sebelah tepi sini dan 4 km daripada pantai di sebelah sana (tengah-tengah antara sungai danpantai) hancur diserang Tsunami yang masuk melalui kedua-dua sisi, dari sungai dan juga dari pantai. Adik sahabatnya itu hilang entah ke mana. Seorang lagi Pembantu Pengurusnya iaitu Bapak Zulkifli Seregar, anaknya yang menyewa rumah di Banda Acheh juga turut disapu Tsunami, hanyut entah ke mana pergi.Pengurus kewangannya pula iaitu Bapa Mawardi,isterinya hilang begitu saja belum dapat dikesan.Ratusan budak-budak Universiti yang menyewa rumah-rumah papan di sekitar Banda Acheh itu, ramai yang lenyap begitu saja ditelan gelombang.Pendek kata, Banda Acheh sudah jadi padang tekukur,kebetulan waktu bersembang dengan beliau itu, dihadapan kami ada Berita Harian 28/12/04, muka depan gambar kesan Tsunami di sekitar Masjid Baiturrahman diBanda Acheh; kata sahabat saya ini, sekeliling kawasan masjid itu penuh dengan sampah sarap, bangkai keretabercampur bauk dengan mayat-mayat manusia.

Ringkasnya, kesannya cukup tragis sekali, mungkin gambar-gambar rintihan sanak saudara yang terselamat ini mampu menjelaskan segala-galanya. Boleh dikatakan setiap orang yang masih hidup pasti ada yang kehilangan setidak-tidaknya seorang saudara mara.Berat mata memandang berat lagi bahu mereka memikulnya.Setelah bersembang panjang, saya tanya apa yang kawan-kawan kita di Malaysia boleh lakukan. Lalu timbullah satu cadangan; dengan kebenaran PejabatPertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), atas namaPertubuhan berkenaan, Tn Haji Sobree dan rakan-rakannya memutuskan untuk melancarkan Tabung Sumbangan Pakaian Terpakai untuk mangsa-mangsa Tsunamidi Acheh sana.Lagi pun, melalui pemerhatian saya di Pusat Pemindahandi Kota Kuala Muda sana pada hari isnin yang lepas,sumbangan pakaian terpakai di sana nampak sudah agak berlebihan, Lalu, ada baiknya jika sekiranya sesiapa yang ingin memberi sumbangan pakaian, jika ada berlebihan, eloklah disalurkan sebahagiannya untuk rakan-rakan seagama di Acheh sana.After all, nasib baik ada Aceh; kalau tidak- bukan kata Kota Kuala Muda atau pun Batu Feringgi, dan bukan setakat Jambatan Pulau Pinang, silap-silap dengan Feri-Feri Pulau Pinang itu sekali habis terpelanting hanyut ke lautan Hindi. Sesungguhnya, kedudukan geografi Acheh itu sendiri telah membantu kita,mungkin tiba masanya pula untuk kita semua membantu mereka; bukan minta duit pun cuma kain baju terpakaisaja.Untuk itu, jika sesiapa yang ingin menyumbang pakaiankepada mangsa Tsunami di Acheh, bolehlah serahkansumbangan kalian kepada:
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 9, Jalan 241, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-78766622 (Puan Rohana Ramli)

JOHORLadang Urus Sdn Bhd,
Pertubuhan Peladang Negeri Johor,
No 15, Jln Persiaran Tanjung Susur 1,
Taman Bukit Alif, JB.
Tel: 07-2374100 (Haji Abd Rahim Said)
or 012-7030161(Hj Arif Kasim)

IPOH, PENANG, KEDAH
Tuan Hj Sobree Bin Che Soh,
Restoren AACS, Padang Serai. Kedah.
Tel: 012-4126864
atau pun hubungi saya seperti email
add di bawah,
kami akan hantar pergi ambil sendiri sumbangan berkenaan di tempat kerja anda.
Akhir kata, bantulah mereka setakat yang terdaya.Walaupun cuma pakaian terpakai, tapi insyaallah ada pahalanya. Lagi pun dalam kitab Sahih Bukhari sendiri ada disebutkan bab bersedekah kain baju ini:
Sahih Bukhari Jilid II: Hadith 755.Dari Zainab, isteri Abdullah r.a, katanya ketika dia berada dalam masjid,
Nabi SAW bersabda, maksudnya: "BERSEDEKAHLAH WALAUPUN DENGAN PAKAIANMU".Moga mendapat kerjasama.

Monier_matdin@yahoo.com
29/12/04

Tuesday, December 28, 2004


wajah sebenar greyfox [musang berbulu kelabu, ala-ala wolverine] terpaksa menukar pakaian untuk menutup kegala kebuluan yg terserlah ahaks...jejejejejeje Posted by Hello

ermmm antara model-model shampoo jenama XxX ahaks. Posted by Hello

Monday, December 27, 2004


antara model-model iklan shampoo. [gamba nie yg plg aku tak thn tgk diorang posing hahahaha] Posted by Hello

nie antara teknik rebonding yg telah dilakukan oleh seorang model semasa penggambaran iklan dijalankan.ahaks Posted by Hello

nani the 'spy girls' berjaya habiskan tembikai dengan sekali suapan sahaja yg bisa mengerunkan pengunjung lain terutama mamat2 rempit ahaks. Posted by Hello

pagi2 sebelum perjalanan ke ulu yam, dari kiri roy, greyfox n flex. Posted by Hello

flex n greyfox menang kerana dinda (hantu air, ala-ala medusa, ahaks) adalah penyokong kuat mereka. Posted by Hello

waktu balik dari trip ulu yam. Posted by Hello

takut aku tgk lidah2 mereka ini, auwww. Posted by Hello

Tuesday, December 14, 2004

- Pertemuan

13 disember 2004...

hari yg plg best....jumpa seseorang semula buat jiwa aku tenteram sementara...habiskan kebanyakan masa lapangku diwaktu malam...

ade mamat kelantan call cari bilik sewa...ermm dia mai kul 10.30 malam lepak borak2 sampai kul 12.30 malam...ok gakla minggu depan start masuk rumah...yesss akhirnya ade gak aku sorang housemate kalau tak sunyi je [kekadang best la sunyi]...
setelah segala syarat yg aku kenakan dia setuju...so aku rasa takde masalah lah. kekadang rasa nak gi kerja part time sebab bosan malam tak berapa nak ade projek...projek pon slow...children playground pun baru dalam perancangan dan kajian awal...so byk sgt masa waktu malam terbiar...ermmm kena buat something nie.

aku masih menunggu lagi kad dari seorang kawan beserta gambarnya yg mahu dilukis...aku cuba penuhi permintaannya kerana dia akan berindah dari KL so sbagai cenderamata aku cuba selesaikan lukisan tu secepat mungkin.

ermmm....kawan2 satu sekolah dulu ajak gi kursus kawin kat CM sabtu nie...ermmm rasa cam malas je nak pergi...arghhh nantilah...korang nak kawin awal pergi dulu la, aku nak settle beberapa perkara dulu...kerja pun tgh banyak...

beberapa hari sebelum 13 dec....

seorang sahabat beri brg antik berbentuk pisau gurkha, katanya nak dijual tapi dia beri pada aku untuk disimpan...sepanjang perjalanan pulang keadaan aku sgt panas, terasa bahagian belakang sgt panas...tapi aku cuba tenteramkan diri je, adakah ada kaitan dgn pisau yg aku letakkan dibelakang kereta? . . . balik rumah aku bukak lagi separuh pisau tu...tgk betul2 corak yg ade kat pisau tu....tak seperti corak2 atau motif ukiran org2 melayu...ermmm tentera gurkha guna pisau nie...gurkha nie tentera bangsa apa yerk? kena buat research lah plak...
akhirnya pisau tu aku balut n simpan....dgn niat one day aku nak bersihkan dan buat hiasan...
sarungnya yg dari tembaga dan kulit, serta ade pisau kecil terselit dgn gading ermmm sgt menarik...
apa-apa pun aku sangat menghargai pemberian seorang teman... tq beb.







Thursday, December 09, 2004

Bianglala . . .

seorang kawan[miss m] hantar satu puisi dari kawannya yg lain....bila baca rasa menarik juga...so aku pun post kan kat sini supaya semua org bole menikmati seadanya. . .


Bianglala

Saatku
Tunggu Cinta
Kutunggu bianglala
Biar nadiku sempat menatapnya
Bila jujur sang hujan
Menyambut kehadirannya
Bagai aku menunggu cinta
Satu penghuluran yang abadi
Kulihat warna bianglala

Sama seperti dulu
Takkan lapuk ditelan zaman
Setia seperti si pungguk
Aku jua si pungguk sayu
Menunggu bulan di malam hitam
Menanti bicara cinta
Saatku tunggu cintamu

Telah berhabuk lamanya
Bagai sarang lelabah saling bertukaran
Jalin demi jalinan sarangnya
Dan dari jalinan itu
Ada urat-urat cinta
Saat-saat itu akan leka ku tunggu

Biar aku menyulam khayal
Satu suasana damai kurasakan
Sempurna ciptaanNya
Waktu itu kulihat senyuman bianglala
Penuh kecantikan yang asli
Asli lagi hati ini penuh kesucian
Setulus hati ini menyintaimu
Dan ada suara mencariku

Aku senyum bagai senyuman bidadari
Wajahmu yang kelam makin terang bersinar
Kau kembali melengkapkan cinta kita
Kau tunaikan janjimu
Seyakinnya aku padamu kini
Kita masih dengan setia yang abadi
Saat itu bianglala makin menunjukkan sinarnya
Ada warna mewarnai cintaku wahai bianglala..

Fiezxaghiro

Wednesday, December 08, 2004


ermmm...simple life [rilek]...arghhHH [ jiwa kacau ] Posted by Hello

ghatering bulan puasa lepas


gambar ghatering berbuka puasa direstoran nelayan
tasik titiwangsa.
from left : dinda,nyna,buyie,gotee, n avrill... Posted by Hello

from left : avrill, elli, nani n arzoo ermmm Posted by Hello

- GHATERING ULU YAM -

GHATERING ULU YAM….

Terbuka kepada chatters anjungcafe, ex-anjungcafe, yahoo messenger dan kaum kerabat yg rasa-rasanya otak mereka sporting dan ok…don’t shy2 ok…. Sporting n ringan-ringankan tulang tu skit [BBQ] yerla nak enjoy sesame kan.

Lokasi ghatering : ULU YAM.
Lokasi berkumpul : Perhentian LRT PUTRA WANGSA MAJU.
Kenderaan : Digalakkan membawa kenderaan sendiri dan
berkongsi kenderaan [ minyak n tol diberi purata ]
Masa berkumpul : 7.45 pagi [ harap jangan lambat ok, pls prepare awal ]
Tarikh : 26 DECEMBER 2004 [ muktamad ]
Tarikh akhir : 21 december 2004 [ sila confirm awal untuk elak kekalutan ]
Bayaran : RM20.00 sahaja. [ deposit RM15.00, bank in 162517022053
[Ahmad sukeri], sila bawa resit dan bayar baki sewaktu itu...Ooops
maybank ok.
Pakaian : ikut suka….faham2 sendirilah….jgn lupa bawa pakaian untuk mandi…kalau nak rasa mandi air terjun…ermmm
Makanan : Akan disediakan secukup rasa oleh penganjur (saudara Flex) yang pasti ade BBQ untuk semua.[ jgn risau tak kebulurnya ]
Info : jika telah bank in deposit, sila inform tun sama ada bawa kenderaan sendiri atau tidak, harap boleh tumpangkan org yg tiada kenderaan, sebab duit minyak akan diberi oleh penganjur, takut tak cukup kenderaan nanti. Sila sms atau telepon 019-4287383 [tun] untuk keterangan lanjut….24 hours online….jgn malu dan segan untuk sms atau telepon sila beri info mengenai anda…segala maklumat akan dirahsiakan…terima kasih.